Pages

Saturday, 20 April 2013

Lemak

Makanan berlemak
Lemak terdiri daripada elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan.

Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Kebanyakan lemak mengandungi asid lemak yang berlainan jenis dan inilah yang menentukan sifat-sifat lemak itu.

Asid lemak dibahagikan kepada dua kategori.

1 - Asid lemak tepu

Asid lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber haiwan.

2 - Asid lemak tidak tepu

Asid lemak tidak tepu adalah berkeadaan cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

KOLESTROL

Komponen lemak yang utama ialah gliserol dan asid lemak. Selain itu terdapat juga komponen lemak lain seperti fosfolipid dan sterol. Kolesterol pula adalah sejenis sterol yang terdapat dalam makanan sumber haiwan dan dihasilkan juga oleh tubuh.
Perbezaan kehadiran kolestrol 'jahat' dalam pembuluh darah
Sekiranya pengambilan kolesterol dalam diet tinggi, arteri akan menjadi tebal kerana pemendapan kolesterol. Oleh itu pengaliran darah tidak sempurna. Kandungan kolesterol dapat dikurangkan dengan memakan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti lemak daripada tumbuhan.

FUNGSI LEMAK

#   Memberi haba dan tenaga

Setiap satu garam lemak yang dioksidakan dapat menghasilkan 38 kiloJoule tenaga.

#   Melindungi organ tubuh yang penting

Lapisan lemak yang menyalut jantung dan buah pinggang menetapkan organ di tempatnya dan melindunginya daripada kejutan.

#   Mengawal suhu tubuh

Lapisan lemak di bawah kulit mengawal suhu tubuh dan bertindak sebagai penebat semasa pertukaran suhu.

#Pelarut vitamin

Vitamin A,D,E dan K yang diperlukan oleh tubuh dilarutkan oleh asid lemak.

#   Melambatkan rasa lapar

Lemak melambatkan rasa lapar kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicerna dan diserap.

KEKURANGAN LEMAK :

Kekurangan lemak menyebabkan:

#   Kulit menjadi kering.

#   Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan.

#   Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan.

#   Cepat merasa lapar.

BERLEBIHAN LEMAK

#   Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah.

#   Pengambilan lamak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyakit jantung.

KEPERLUAN HARIAN LEMAK

# Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu. Lemak membekalkan hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan.

# Individu yang mempunyai masalah berat tubuh dan penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.

CONTOH SUMBER LEMAK
Contoh sumber utama lemak
Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak ikan, dan buter atau ghee. Ia biasanya didapati dari lemak dalam susu dan daging, juga dari bawah kulit, dari haiwan.

Contoh lemak tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari, bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Margarine dan lelemak sayuran (vegetable shortening), yang boleh dihasilkan dari minyak di atas, kebanyakannya digunakan bagi memasak.

sumber rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lemak
http://hamba66-ramly.blogspot.com/2011/01/lemak-minyak-dan-kolestrol-lipid.html
http://zatisikucinghitam.wordpress.com/2012/09/30/petua-mengawal-tahap-kolesterol/
http://doknorm.blogspot.com/2013/02/bahaya-asid-lemak-trans.html

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...