Pages

Friday, 24 May 2013

Contoh Rancangan Pengajaran Harian : Makanan Seimbang

Berikut merupakan antara Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tajuk Makanan Simbang



Sumber rujukan : scribd.com

Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik khususnya daripada SK Sg Perah dan amnya buat pendidik seluruh Malaysia. 
Huraian tema hari Guru 2013, boleh diperolehi di laman sesawang kementerian. Ataupun boleh terus klik pautan ini. Huraian Teman Hari Guru 2013.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru !!!

Abdul Fatah Ahmad Dom
Guru Besar
SK Sg Perah

Friday, 10 May 2013

Keracunan Makanan


Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

  • Keracunan tersebut
  • Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang
Pesakit itu mungkin akan mengalami :
  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna.
  • Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih.
  • Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun.
Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:
  • Sentiasa menjaga kebersihan
  • Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
  • Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  • Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  • Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
  • Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
  • Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  • Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
  • Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  • Sentiasa masak dengan sempurna
  • Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  • Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
  • Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
  • Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
  • Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
  • Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  • Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  • Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
  • Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor
Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?
  • Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  • Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai kesihatan
  • Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  • Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
Atikel lain Elak Keracunan Makanan di Utusan Malaysia.

Wednesday, 8 May 2013

Bekalan Makanan Sihat untuk Kanak-Kanak Sekolah

Gambar hiasan. Kredit foto : pama.karangkraf.com

Kanak-kanak menghabiskan tempoh masa yang lama di sekolah. Lazimnya, satu pertiga daripada keperluan nutrien harian akan dimakan di sekolah. Ini bermakna pengambilan makanan di sekolah penting untuk memenuhi keperluan harian kanak-kanak sekolah. Ia juga memberi kesan kepada tahap tenaga dan daya tumpuan kepada pelajaran serta mempengaruhi tabiat makan dan tumbesaran. Seorang ibu yang sibuk boleh mengimbangkan antara pemakanan sihat dengan makanan yang menarik untuk anak dengan menyediakan bekalan yang mengandungi lima jenis makanan utama seperti berikut:

1. Hidangan utama (bagi kanak-kanak yang makan tengah hari di sekolah atau tidak sempat bersarapan)

a) Sandwic sihat

  • Sandwic adalah popular kerana ia mudah dimakan dan disediakan.
  • Pilih roti penuh bijirin kerana ia mengandungi lebih serat.
  • Lapiskan sandwic dengan isi yang digemari oleh anak seperti ikan tuna atau sardin, keju, isi ayam yang dipanggang atau telur rebus yang dilecek dengan sedikit mayones.
  • Tambahkan sedikit sayur seperti timun, salad atau lobak.

Gambar hiasan - Sandwic. Kredit foto : www.digitaltrends.com
b) Nasi atau mi goreng

  • Selain daripada sandwic, makanan utama yang mudah dibawa ke sekolah ialah nasi atau mi/ mihun/ pasta goreng. Ia lazat dan digemari oleh kanak-kanak.
  • Tambahkan lebih sayur, telur, ayam atau daging dalam nasi atau mi goreng untuk menjadikan ia seimbang. Kurangkan penggunaan minyak berlebihan untuk menumis.
  • Hidangan panas mudah menjadi basi. Pastikan hidangan tidak dimasak terlalu awal. Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan dalam bekas bekalan. Gunakan bahan mentah yang segar untuk membuat nasi goreng, pastikan nasi putih yang dimasak telah disimpan di dalam peti sejuk atau baru dimasak.

Gambar hiasan - Mee Goreng. Kredit foto : www.simplynyonya.com

2. Buah dan sayur

Bekalkan juga buah segar seperti pisang, jambu, epal, lai atau limau. Ada kanak-kanak yang gemar sayur segar seperti lobak merah, timun dan sengkuang.
Gambar hiasan - Buah & Sayur. Kredit foto : www.kasihsalina.com
3. Susu

Minuman susu dalam kotak sama ada susu biasa atau berperisa harus menjadi bahan tetap yang dibekalkan ke sekolah. Ia mengandungi kalsium dan protein yang diperlukan oleh kanak-kanak. Pastikan bekalan susu dikendalikan dengan sempurna. Selepas minum, lebihan susu hendaklah dibuang untuk mengelak keracunan makanan.
Gambar hiasan - Susu. Kredit foto : ghan-myjourney.blogspot.com
4. Snek berkhasiat untuk masa rehat

Snek ringan juga adalah penting, terutama bagi waktu rehat. Bekalkan biskut, kek, sandwic atau kuih tempatan yang berkhasiat serta buah-buahan. Kurangkan pilihan snek yang manis, masin dan berlemak.
Gambar hiasan - Snek ringan. Kredit foto : selendangkapas.blogspot.com
5. Air kosong

  • Air kosong adalah minuman yang paling sesuai untuk kanak-kanak sekolah.
  • Minuman kordial dan air bergas mengandungi gula yang tinggi dan boleh mengurangkan selera dan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat jika diminum terlalu kerap.
  • Bekalkan air sejuk atau air yang dibekukan dalam bekas air yang dibungkus. Ia dapat mengekalkan suhu sejuk dan lebih digemari.

Gambar hiasan - Air kosong. kredit foto : berkatrezeki.com
Bekalkan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada makanan utama seperti sandwic atau nasi/mi goreng, buah, susu, snek ringan untuk masa rehat dan air kosong setiap hari untuk memastikan anak mendapat pemakanan yang seimbang di sekolah. Bagi anak yang susah makan, ajak dia sama-sama memilih atau menyediakan bekalan makanan. Ini mungkin dapat membantu membuka seleranya.

Saturday, 4 May 2013

Video : Merancang Menu Sihat

Sambungan dan kesimpulan daripada entri Unsur Zat Makanan lalu, berikut di ringkas melalui sebuah video yang dikeluarkan dan dikongsikan oleh Portal MYHealth, saluran maklumat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Video ini menerangkan bagaimana kita merancang menu sihat berpandukan Piramid Makanan.

Semoga video ini memberi manfaat dan kefahaman yang mudah dalam merancang menu yang sihat.

Friday, 3 May 2013

Video : Pemakanan Seimbang

Video ini di ambil daripada laman sesawang Youtube.

 

Mari kita sama-sama mengamalkan tabiat pemakanan seimbang.

Wednesday, 1 May 2013

Gambar Bantuan Awal Persekolahan

Sekitar aktiviti yang dijalankan di SK Sungai Perah, Perak.

MOA SKSP Sabar menunggu 

Sembang-sembang dengan YB Dato' Hj Mohd Zaim & En Ahmad Zakuan

Kehadiran ibubapa amat menggalakkan

Sabar menanti

Menyanyikan Lagu Negaraku


Alang Dee, Dato Zaim, Zakuan & Fatah

enunggu giliran menerima bantuan bag












GAMBAR STAF

Barisan penggerak SK Sg Perah.


Duduk dari kiri : Ibrahim, Norhisham, Taufiq, Abdul Fatah (GB), Hamdan dan Ihsan
Berdiri dari kiri : Safri, Azman, Azli, Yusniza, Sudin dan Tun Fatimah.

Jom Lebih Sihat

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT


  1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
  2. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahi dengan “Alhamdulillah”.
  3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
  5. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
  6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
  7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
  8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
  9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  10. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
  11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
  12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Sekiranya anda mampu untuk mengamalkan kesemua perkara di atas, anda telah dapat menunaikan kewajipan iaitu menjaga kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT.


Kurangkan atau elakkan mengambil makanan seperti ini

Thursday, 25 April 2013

Mineral


Garam mineral merupakan bahan utama dalam struktur rangka tubuh. Garam mineral penting untuk mengawal proses dalam tubuh. Manusia memerlukan bekalan garam mineral daripada sumber haiwan dan tumbuhan.

Garam mineral yang diperlukan banyak oleh tubuh ialah:
  • Kalsium (Ca)
  • Fosforus (P)
  • Kalium (K)
  • Sulfur (S)
  • Klorin (Cl)
  • Natrium (Na)
  • Magnesium (Mg)


Garam mineral yang diperlukan sedikit ioleh tubuh ialah:
  • Iodin (I)
  • Ferum (Fe)
  • Mangan (Mn)
  • Fluorin (F)
  • Kobalt (Co)
  • Nikel (Ni)
  • Zink (Zn)
  • Kromium (Cr)

 1. Kalsium

99% kalsium terdapat pada tulang dan 1% pada tisu lembut. Kalsium dapat diserap dengan mudah dengan adanya kalsiferol.

Fungsi kalsium

1)      Membentuk kalsium fosfat
2)      Membantu proses pembekuan darah
3)      Membantu fungsi otot dan saraf dengan betul
4)      Mengaktifkan enzim untuk metabolisme tubuh

Keperluan harian kalsium

Orang dewasa memerlukan kalsium untuk mengawal fungsi tubuh, dan kanak-kanak memerlukannya untuk pertumbuhan. Pengambilan kalsium yang banyak semasa hamil dan semasa menyusukan penting supaya kalsium pada ibu tidak digunakan untuk pertumbuhan fetus.

Kekurangan kalsium menyebabkan:

1)      Pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak terganggu dan kekurangan yang serius menyebabakan riket
2)      Tulang lemah dan menyebabkan penyakit osteomalacia pada orang dewasa dan orang tua
3)      Gigi tidak kukuh
4)      Otot dan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik

Berlebihan kalsium akan menyebabkan ia berkumpul pada organ tertentu seperti ginjal yang boeh menyebabkan penyakit batu karang

2. Fosforus

78% fosforus terdapat pada tulang dan gigi dan 22% di dalam ceacair tubuh dan tisu lembut

Fungsi fosforus

1)      Membian tulang dan gigi bersama kalsium
2)      Membantu tubuh mendapatkan tenaga
3)      Membantu pengawalan cecair tubuh

Keperluan harian fosforus

Ibu hamil dan menyusukan memerlukan fosforus yang banyak untuk keperluan harian. Kekurangan fosforus menyebabkan tulang dan gigi tidak kuat dan rapuh. Otot juga menjadi lemah.  

3. Natrium

Natrium didapati dalam bentuk sebatian iaitu natrium klorida atau garam biasa yang digunakan dalam masakan. Cecair tubuh mengandungi 0.9 % natrium.

Fungsi natrium

1)      Menentukan kepekatan cecair dalam tubuh
2)      Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3)      Membina plasma darah dan cecair limfa

Keperluan harian natrium

Keperluan natrium bergantung kepada jenis aktiviti tubuh. Semasa berpeluh, natrium dikumuhkan. Orang dewasa memerlukan 4 gram natrium sehari. Sekiranya berlebihan, natrium akan dibuang melalui proses perkumuhan.

Kekurangan natrium menyebabkan:
1)      Otot menjadi kejang
2)      Tubuh menjadi lesu dan kurang selesa  

4. Kalium
  
Sel otot, rangka, dan sel darah merah mengandungi kalium yang berfungdi bersama natrium.

Fungsi kalium

1)      Menetapkan tekanan osmosis pada sel tisu
2)      Menyeimbangkan asid dan alkali untuk proses pencernaan
3)      Sebagai bahan utama cecair tubuh untuk proses pengecutan otot

Keperluan harian kalium

Keperluan orang dewasa ialah 2.5 gram kalium sehari. Kekurangan kalium menyebabkan:
1)      Sel tidak berfungsi dengan betul
2)      Tubuh menjadi lemah dan lesu  

5. Magnesium

 Magnesium terdapat pada tulang dan tisu. Keperluan orang dewasa ialah antara 300 – 350 miligram sehari.

Fungsi magnesium

1)      Mengawal keregangan otot
2)      Membantu kestabilan saraf
3)      Membantu metabolisme tubuh

Kekurangan magnesium menyebabkan:
1)      Pengawalan pergerakan otot terganggu
2)      Radang saraf  

6. Iodin

 Iodin diperlukan sebanyak 0.05 – 0.30 miligram dalam diet individu dewasa. Jumlah iodin dalam tubuh ialah 20 miligram – 50 miligram dan 1/3 daripadanya terdapat dalam kelenjar tiroid

Fungsi iodin

1)      Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja
2)      Kesihatan orang dewasa
3)      Metabolisme tubuh

Keperluan harian iodin

Individu dewasa memerlukan 0.05 – 0.30 miligram iodin sehari. Kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan pula memerlukan lebih iodin.

Kekurangan iodin menyebabkan:

1)      Goiter iaitu apabila kelenjar tiroid di leher membengkak
2)      Pertumbuhan tubuh terbantut (kretinisme)
3)      Daya pemikiran tidak sempurna 

7. Ferum

 Ferum penting kerana 2/3 daripadanya digunakan untuk membentuk hemoglobin

Fungsi ferum

1)      Menjadi komponen hemoglobin yang memberi warna merah pada darah
2)      Membawa oksigen dalam tisu darah ke seluruh tisu tubuh
3)      Membantu pembentukan protein mioglobin dalam sel otot
4)      Membantu respirasi sel
5)      Membantu pengoksidaan karbohidrat, lemak, dan protein

Keperluan ferum bergantung kepada jantina dan peringkat umur. Wanita dewasa memerlukan lebih banyak ferum kerana mereka kehilangan ferum semasa haid. Ibu yang melahirkan anak memerlukan lebih banyak ferum dibandingkan dengan wanita dewasa.

Kekurangan ferum menyebabkan:
1)      Pembentukan hemoglobin terganggu, mengakibatkan anemia
2)      Letih, pening, dan sesak nafas kerana oksigen tidak dapat dihantar ke seluruh tubuh

Keracunan boleh berlaku jika ferum dalam tubuh berlebihan. Biasanya hanya sedikit ferum diserap ke usus kecil  

8. Fluorin

Fluorin diserap ke dalam tisu tubuh. Fluorin disimpan dalam tulang, gigi, kelenjar tiroid dan di kulit. Fluorin menjadi bahan penting untuk memelihara enamel gigi dan tulang

Keperluan harian fluorin

Orang dewasa memerlukan 1 miligram – 2 miligram fluorin sehari dan air minuman yang mengandungi fluorin adalah mencukupi untuk keperluan tubuh.

Kerosakan gigi akan berlaku apabila terjadinya kekurangan fluorin dalam tubuh seseorang

SUMBER ZAT MINERAL

Wednesday, 24 April 2013

Vitamin


Vitamin adalah bahan-bahan organik yang boleh didapati dalam makanan, dan ia membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. 

Setakat ini, ahli sains telah menjumpai 13 jenis bahan organik ini, di mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri dan dinamakan mengikut abjad. Apabila struktur kimianya telah dikenalpasti, vitamin-vitamin ini kemudian diberi nama seperti Vitamin A – retinal dan Vitamin C (asid askorbik).



Vitamin merupakan satu dari 5 jenis nutrien asas yang diperlukan dalam diet atau makanan kita. Ia membantu badan berfungsi dan membesar dalam keadaan normal. 

Sumber semula jadi vitamin boleh didapati dari makanan yang kita makan setiap hari. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis vitamin telah hilang semasa memasak, memproses atau menyimpan makanan. 

Jika seseorang itu menunjukkan dengan jelas gejala kekurangan vitamin maka vitamin tambahan hendaklah diambil. Kita perlu berhati-hati apabila mengambil vitamin tambahan ini, kerana sesetengah vitamin hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja. 

Keperluan ini pula adalah berbeza-beza mengikut umur, jantina dan aktiviti fizikal yang kita lakukan.

Vitamin boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan utama iaitu yang larut dalam air dan yang larut dalam lemak.

VITAMIN LARUT DALAM AIR

  • Ia lebih cepat dikeluarkan dari badan, oleh itu pengambilannya setiap hari adalah perlu.
  • Mudah hilang semasa memasak makanan.
  • Vitamin B1, B2, B6, B12, , C, Niasin, asid pantoterik, asid folik, biotin
VITAMIN LARUT DALAM LEMAK

  • Larut dalam minyak
  • Disimpan di dalam hati dan tisu lemak kemudiannnya dikeluarkan secara perlahan
  • Vitamin A, D, E, K

Monday, 22 April 2013

Protein


Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.

Protein umumnya dianggap sebagai bahan pemakanan yang penting dengan lima fungsi berikut:-

SYOR DAN PANDUAN DIET:

1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.

2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.

3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.

4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.

6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.

Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.

SUMBER PROTEIN:

Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu;

a) protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan)
b) protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya).

Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan.

Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

Saturday, 20 April 2013

Lemak

Makanan berlemak
Lemak terdiri daripada elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Elemen ini sama seperti dalam karbohidrat tetapi dalam kadar yang berlainan.

Lemak terdiri daripada satu unit gliserol dan tiga unit asid lemak. Kebanyakan lemak mengandungi asid lemak yang berlainan jenis dan inilah yang menentukan sifat-sifat lemak itu.

Asid lemak dibahagikan kepada dua kategori.

1 - Asid lemak tepu

Asid lemak tepu adalah pepejal pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber haiwan.

2 - Asid lemak tidak tepu

Asid lemak tidak tepu adalah berkeadaan cecair pada suhu bilik. Kebanyakannya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

KOLESTROL

Komponen lemak yang utama ialah gliserol dan asid lemak. Selain itu terdapat juga komponen lemak lain seperti fosfolipid dan sterol. Kolesterol pula adalah sejenis sterol yang terdapat dalam makanan sumber haiwan dan dihasilkan juga oleh tubuh.
Perbezaan kehadiran kolestrol 'jahat' dalam pembuluh darah
Sekiranya pengambilan kolesterol dalam diet tinggi, arteri akan menjadi tebal kerana pemendapan kolesterol. Oleh itu pengaliran darah tidak sempurna. Kandungan kolesterol dapat dikurangkan dengan memakan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti lemak daripada tumbuhan.

FUNGSI LEMAK

#   Memberi haba dan tenaga

Setiap satu garam lemak yang dioksidakan dapat menghasilkan 38 kiloJoule tenaga.

#   Melindungi organ tubuh yang penting

Lapisan lemak yang menyalut jantung dan buah pinggang menetapkan organ di tempatnya dan melindunginya daripada kejutan.

#   Mengawal suhu tubuh

Lapisan lemak di bawah kulit mengawal suhu tubuh dan bertindak sebagai penebat semasa pertukaran suhu.

#Pelarut vitamin

Vitamin A,D,E dan K yang diperlukan oleh tubuh dilarutkan oleh asid lemak.

#   Melambatkan rasa lapar

Lemak melambatkan rasa lapar kerana lemak mengambil masa yang lama untuk dicerna dan diserap.

KEKURANGAN LEMAK :

Kekurangan lemak menyebabkan:

#   Kulit menjadi kering.

#   Pertumbuhan terganggu mengakibatkan berat tubuh berkurangan.

#   Mudah merasa sejuk kerana lemak yang berfungsi sebagai penebat berkurangan.

#   Cepat merasa lapar.

BERLEBIHAN LEMAK

#   Lemak yang berlebihan disimpan sebagai tisu adipos yang menyebabkan berat tubuh bertambah.

#   Pengambilan lamak tepu yang banyak boleh menyebabkan penyakit jantung.

KEPERLUAN HARIAN LEMAK

# Keperluan lemak bergantung kepada aktiviti individu. Lemak membekalkan hanya 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga yang diperlukan.

# Individu yang mempunyai masalah berat tubuh dan penyakit jantung hendaklah mengurangkan pengambilan lemak.

CONTOH SUMBER LEMAK
Contoh sumber utama lemak
Contoh lemak haiwan adalah lemak, minyak ikan, dan buter atau ghee. Ia biasanya didapati dari lemak dalam susu dan daging, juga dari bawah kulit, dari haiwan.

Contoh lemak tumbuhan yang boleh dimakan termasuk kacang, kacang soya, bunga matahari, bijan, kelapa, zaiton, dan minyak sayuran. Margarine dan lelemak sayuran (vegetable shortening), yang boleh dihasilkan dari minyak di atas, kebanyakannya digunakan bagi memasak.

sumber rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lemak
http://hamba66-ramly.blogspot.com/2011/01/lemak-minyak-dan-kolestrol-lipid.html
http://zatisikucinghitam.wordpress.com/2012/09/30/petua-mengawal-tahap-kolesterol/
http://doknorm.blogspot.com/2013/02/bahaya-asid-lemak-trans.html

Friday, 19 April 2013

Karbohidrat

Karbohidrat
Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen. 

FUNGSI KARBOHIDRAT

Membekalkan haba dan tenaga 

Setelah dicerna, karbohidrat akan ditukarkan kepada glukosa. Kemudian darah akan membawa glukosa tersebut ke sel darah. Semasa proses oksidasi, setiap satu gram glukosa menghasilkan 17 kiloJoule tenaga. Glukosa yang berlebihan akan disimpan di hati dan di otot dalam bentuk glikogen dan akan ditukarkan kepada glukosa semula apabila perlu. 

Mengawal penggunaan lemak dan protein 

Keseimbangan nutrien lemak dan protein, dan karbohidrat akan mendapat mengelakkan penyakit kekurangan nutrient makanan. 

Menjimatkan penggunaan protein 

Apabila karbohidarat mencukupi dalam diet, protein tidak akan digunakan untuk menghasilkan haba dan tenaga tetapi hanya untuk pertumbuhan dan membaiki tisu.

Keperluan harian karbohidrat

Tenaga dan haba diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Daripada jumlah kalori seharian yang diperlukan, sebanyak 50 peratus hingga 60 peratus adalah daripada karbohidarat. Keperluan ini akan bertambah mengikut aktiviti individu. 

KEKURANGAN KARBOHIDRAT 

Kekurangan karbohidrat menyebabkan : 

*   Kelaparan,keletihan, dan kesejukan. 

*   Tubuh menggunakan dahulu simpanan lemak dan dalam keadaan kekurangan karbohidrat yang serius, protein dalam gentian otot akan digunakan untuk membekalkan haba dan tenaga. Berat tubuh individu jika keadaan ini berlarutan . 

*   Pertumbuhan tubuh terganggu dan kulit menjadi kering, kecut serta kasar. 

*   Mudah dijangkiti penyakit kekurangan. 

BERLEBIHAN KARBOHIDRAT

*   Karbohidrat yang berlebihan akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glikogen. Glikogen akan ditukar menjadi lemak dan disimpan di bawah kulit menjadi tisu adipos. Berat tumbuh akan bertambah dan obes boleh terjadi jika lemak ini tidak digunakan. 

SUMBER KARBOHIDRAT
Contoh makanan kaya karbohidrat
Sereal, Tepung dan Roti
Roti tawar
Nasi putih
Tepung gandum
Jagung
Sagu
Terigu
Kanji
Pasta
Spageti
Beras Merah

Buah-Buahan
Aprikot
Kurma
Blueberry
Pisang
Anggur
Apel
Jeruk
Pir
Nanas
Stroberi
Semangka
Kismis

Kacang-kacangan
Kacang Tanah
Kacang hijau
Kacang merah
Lentil
Umbi-Umbian
Kentang
Ubi Jalar
Ketela Pohon
Wortel
Lobak

Produk Susu
Susu rendah lemak
Yoghurt rendah lemak
Susu coklat
Susu skim

Makanan Ringan
Cokelat
Permen
Kue Kering
Cake

sumber rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Karbohidrat
http://fadhillah00.wordpress.com
http://www.materisekolah.com/karbohidrat/

Wednesday, 17 April 2013

Unsur Zat Makanan

Lima unsur utama zat makanan
Pada hakikat tubuh manusia memerlukan zat-zat makanan yang seimbang yang boleh diperolehi daripada berbagai-bagai jenis makanan. Tidak ada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Hanya cara pemakanan yang tidak baik seperti pengambilana yang berlebihan dan kurang seimbang serta penjagaan anggota-anggota badan yang tidak sempurna yang akan mendatangkan keburukan.

Unsur-unsur di dalam bahan makanan boleh dibahagi kepada lima kelas iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan Vitamin.

1 - Karbohidrat

Karbohidrat umumnya menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulen koko) dan beberapaselulosa, gam dan pektin.

Penerangan lanjut zat Karbohidrat, sila klik sini.

2 - Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 35% daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Penerangan lanjut zat Lemak, sila klik sini.

3 - Protein 

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Penerangan lanjut zat Protein, sila klik sini.

4 - Vitamin

Vitamin mempunyai pelbagai fungsi kepada badan. Kebanyakan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim yang diperlukan bagi memudahkan tindak balas enzim. Tiamina adalah penting untuk menukarkan karbohidrat. Riboflavin terlibat dalam pelepasan tenaga daripada glukos. Niasin pula terlibat dalam mempergiatkan beberapa tindak balas katabolik dan biosintetik.

Penerangan lanjut zat Vitamin, sila klik sini.

5 - Mineral

Zat mineral yang mengandungi kompaun tidak organik penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.

Penerangan lanjut zat Mineral, sila klik sini.

Perkongsian informasi melalui Slideshare juga boleh diperolehi di bawah.

Sunday, 14 April 2013

Piramid Makanan, Panduan Melilih Makanan Sihat

Apakah Piramid Makanan?

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian palingbawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian aling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya.
Piramid Makanan
ARAS 1

Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. 

Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi,  mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek, keladi dan kentang.

Cadangan hidangan :
-   (8-12 hidangan)
-  Contoh (1 hidangan): ½ cawan nasi, 1 keping roti bijirin penuh, ½ cawan mi, ½ cawan bubur nasi kosong.

ARAS 2

Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan sebagainya.

Cadangan hidangan :
-   (3-5 hidangan)
-   Contoh (1 hidangan): ½ cawan sayuran, ½ cawan ubi keledek/ubi kayu/ubi keladi, 1 potong betik/tembikai/nenas, ½ cawan jus buah.

ARAS 3

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. 

Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan kacang merah.

Cadangan hidangan :
-   (2-3 hidangan)
-   Contoh (1 hidangan):1 ketul paha ayam saiz sederhana, 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis, 2 taukwa, 2 biji telur.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak. 

Cadangan hidangan :

-   (1-2 hidangan)
-   Contoh (1 hidangan):1 cawan susu, 1 cawan yogult, 1 keping keju.

ARAS 4

Lemak, Minyak dan Gula

Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Lemak dan minyak mengandungi asid lemak perlu (ALP) dan vitamin A,D,E,K. Gula membekalkan kalori tetapi tidak mengandungi zat makanan yang lain.

Cadangan hidangan :
-   (dalam kuantiti yang sedikit)
-   Gula, madu.

sumber & rujukan :

http://tayibah.com/eIslam/piramid.htm
http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/pemakanan/umum/piramid-makanan-malaysia
http://permatahati.wordpress.com/2006/06/05/piramid-makanan/
http://www.biovco.com/piramid-makanan-06yd.php?ref=yg

Sunday, 7 April 2013

Selamat Datang Ke SK Sg Perah

KENALI SKSP


SK Sungai Perah, Parit, Perak Darul Ridzuan

SK Sungai Perah ditubuhkan pada tahun 1962. Sekolah ini pada mulanya ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Orang asli. Kemudian pada tahun 1985, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan sekolah.

Pada Tahun 2013, SK Sungai Perah ditadbir oleh seorang guru besar dengan bantuan 10 orang guru dan 2 kakitangan sokongan. Bilangan murid adalah seramai 66 orang, menjadikan SK Sungai Perah tergolong dalam kumpulan sekolah kurang murid (SKM)

SK Sungai Perah terdiri daripada 3 bangunan utama blok satu tingkat, yang merangkumi, pejabat, bilik darjah, makmal komputer dan lain-lain. Pelajarnya 100 peratus terdiri daripada Suku kaum Semai (minoriti orang asli)

Kawasan sekolah yang aman
Guru bersama pelajar SK Sungai Perah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...